Soalan 1 hingga Soalan 25
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.
1.
Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami
kerugian kerana haiwan ternakannya mati.______________,masalah itu tidak
melemahkan semangatnya untuk berusaha.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
2.
Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di
atas meja.______________,dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.
A Oleh itu
B Selepas itu
C Namun begitu
D Sudahlah begitu
3.
Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama
lagi.______________,murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara
persembahan sedang giat berlatih.
A Sebaliknya
B Di samping itu
C Lebih-lebih lagi
D Oleh sebab itu
4.
Pihak polis sering mengadakan rondaan di
kawasan itu. ________________,jenayah ragut masih kerap berlaku.
A Sebelum itu
B Kalau begitu
C Namun begitu
D Di samping itu
5.
Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di
halaman rumah. _______________,saya akan membuang sampah sarap ke dalam tong
sampah.
A Lantaran itu
B Sebelum itu
C Selepas itu
D Semenjak itu
6.
Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan
dalam masyarakat. ________________, tabiat tersebut perlulah dihindarkan.
A Padahal
B Di samping itu
C Namun demikian
D Oleh yang demikian
7.
Encik Jamal tidak berpuas hati dengan
perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat tinggalnya._______________,beliau
telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat aduan.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
8.
Kira-kira lima tahun yang lalu,Encik Sariman
terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. ______________,dia takut untuk
menunggang motosikal.
A Sebelum itu
B Namun begitu
C Semenjak itu
D Bagaimanapun
9.
Amalan menabung banyak membawa kebaikan
kepada kita.____________,amalan tersebut digalakkan terutamanya kepada
murid-murid sekolah.
A Di samping itu
B Namun begitu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
10. Encik
Yuzairi berasa bimbang dengan keadaan anaknya yang sering mengalami tekanan
perasaan._____________,beliau telah menghantar anaknya untuk mendapatkan
rawatan kaunseling.
A Oleh itu
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
11. Nasib
Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan.
_____________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
A Padahal
B Namun begitu
C Semenjak
D Oleh sebab itu
12. Zaimah
suka melancong dalam negara kerana
negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik. _________________, melancong
dalam negara dapat menjimatkan belanja.
A Oleh itu
B Biarpun
C Selain itu
D Namun begitu
13. Tam
Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat
cermat._________________,dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan
bersama-sama dengan rakan-rakannya.
A Sebaliknya
B Semenjak itu
C Tambahan pula
D Sungguhpun begitu
14. Aiman
mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia._______________,Aiman gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
A Lebih-lebih lagi
B Bagaimanapun
C Lantaran itu
D Padahal
15. Sudin
seorang yang pemalas tetapi suka berangan-angan menjadi kaya. ______________,
dia sering di gelar Mat jenin oleh
penduduk di kampungnya.
A Namun begitu
B Bagaimanapun
C Oleh yang demikian
D Sungguhpun demikian
16. Kejadian
pecah rumah sering berlaku di kawasan iti _____________ pada musim perayaan.
A sebab itu
B lebih-lebih lagi
C oleh sebab itu
D oleh yang demikian
17. Siti
Jeslina sering mendapat tempat pertama
dalam peperiksaan di sekolahnya. _____________,dia tidak pernah bersikap
sombong atau bangga diri.
A Oleh itu
B Di samping itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
18. Sayur-sayuran
banyak mempunyai khasiat.___________________,kita digalakkan makan
sayur-sayuran setiap hari.
A Namun begitu
B Oleh yang demikian
C Di samping itu
D Walau bagaimanapun
19. Sudah
beberapa kali permohonan pinjaman Encik Hashim di tolak._______________,masalah
itu tidak melemahkan semangatnya untuk berniaga.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
20. Wabak
demam denggi sering menular di negara
kita. ____________,rakyat diseru agar sentiasa menjaga kebersihan dan
menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
A Justeru
B Kemudian
C Semenjak itu
D Bagaimanapun
21. Golongan
remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak
sihat.______________,bagi mereka yang mengalami masalah keluarga.
A Lebih-lebih lagi
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Padahal
22. Rafina
berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu.
___________,hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
23. Encik
Jamilul didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. _____________, beliau
telah dipecat oleh majikannya.
A Selepas itu
B Sebelum itu
C Lantaran itu
D Semenjak itu
24. Berita
tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para pekerjanya.
____________________,Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
A Biarpun
B Namun begitu
C Bagaimanapun
D Tambahan pula
25. Pengawal
keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia
berjaga._____________,dia terlena di atas kerusi.
A Selain itu
B Sebaliknya
C Lebih-lebih lagi
D Oleh sebab itu
JAWAPAN
1. D
2. B
3. D
4. C
5. C
6. D
7. A
8. C
9. C
10. A
11. A
12. C
13. A
14. B
15. C
16. B
17. D
18. B
19. D
20. A
21. A
22. C
23. C
24. C
25. D