Isnin, 20 Mei 2013

FADHILAT MEMBACA AYAT KURSI









Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
1.       Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2.      Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
3.      Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4.      Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5.       Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6.      Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
7.       Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8.      Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9.      Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
10.   Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11.    Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

12.   Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13.   Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

14.   Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”


Sumber: http://www.one-ummah.net/

LATIHAN PENJODOH BILANGAN




Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayatberikut.

1. Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.

A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2. __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia

A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3. Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4. "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.

A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5. __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6. Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.

A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7. Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.

A patah
B potong
C cebis
D untai

8. Ayah membeli dua __________ durian di pasar.

A biji
B ulas
C buah
D buku

9. Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10. Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11. Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12. Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.

A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.















Gambar 1

13. Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.

A gelung
B papan
C mata
D biji

14. Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15. Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .

A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16. Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung
Sungai Kota.

A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17.Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.

A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun


Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

















18. Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.

A ulas
B butir
C keping
D potong

19. Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20. Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.

A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

21. "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.

A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok

22. "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.

A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah

23. Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan
__________ tali untuk mencari rotan.

A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas

25. Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.

A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam

26. Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.

A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus

27. Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.

A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang

28. Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das

29. Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.

A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang

30. Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.

A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor

31. __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir

32. Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?

A sebakul ..... seberkas
B selonggok ..... seikat
C seberkas ..... seikat
D sekawan ..... segulung

33. Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.

A sepotong ….. biji
B sehiris ….. ulas
C seketul ….. biji
D sekeping ….. biji

34. Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.

A ulas ….. sikat
B biji ….. tandan
C ikat ….. tandan
D ikat ….. sisir

35. Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur ….. pintu
B kaki ….. baris
C batang ….. deret
D baris ….. buah

36. Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut
dan memakan __________ sirih.

A seketul ….. sekeping
B segenggam ….. sehelai
C sepotong ….. selembar
D sekepal ….. sekapur

37. Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.

A sebatang ….. gelung
B sebuah ….. gelung
C sekerat ….. lembar
D sebilah ….. utas

38. Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di
belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.

A baris ….. pucuk
B deret ….. kelompok
C batas ….. rumpun
D ikat ….. jambak

39. Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.

A sekepul
B segugus
C setompok
D segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3

 
Gambar 3










40. __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari
makan.

A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan