Isnin, 1 April 2013

KATA BANTU


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Masa menjawab soalan itu __________ tamat.
A sudah
B lalu
C mesti
D sedang

2. Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.
A sudah
B sedang
C pernah
D masih

3. Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan sekolah Ali ___________ kalah.
A sudah
B telah
C masih

Soalan 4 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1



4. Chef Nizam ___________ mengangkat kek dari ketuhar.
A sedang
B masih
C telah
D mesti


5. Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.
A dapat
B hendak
C boleh
D harus

6. Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.
A mesti
B harus
C mahu
D sedang

7. Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
A sedang
B harus
C akan
D telah

8. Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?
A dapat
B mesti
C harus
D sudah

9. Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.
A mesti
B sedang
C sudah
D akan

10. Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak
semalam.
A harus
B akan
C telah
D mesti

11. Cikgu Kalsom ___________ ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.
A belum
B akan
C telah
D pernah

12. Puan Khatijah _______________ menjahit baju sutera itu lagi.
A telah
B akan
C belum
D pernah

13. Shasha ________ pergi ke sekolah pagi esok.
A akan
B dapat
C sudah
D telah

14. Zamili _______ menyiapkan kerja sekolahnya semalam.
A masih
B sudah
C pernah
D sedang

15. Pak Abu _______ menghabiskan ubat yang diberikan oleh doktor.
A sedang
B pernah
C masih
D mesti
16. Ali dan Salim _______ makan nasi goreng kampung.
A mesti
B harus
C sedang
D dapat


17. Cikgu Azmir belum ________ mengajar murid-murid di kelas KIA2M .
A sedang
B pernah
C telah
D akan

18. Khalid, Riduan, dan Hashim ________ menyertai pasukan bola sepak negara
setelah menjalani beberapa sesi ujian.
A dapat
B mesti
C masih
D sedang

19. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, Siti _____ tetap bersabar.
A telah
B mahu
C masih
D hendak

20. Semua pengawas sekolah ______ memakai tali leher pada setiap hari Isnin.
A akan
B mahu
C belum
D sedang

21. Walaupun telah dijelaskan oleh guru, namun ______ ramai murid yang
melakukan kesalahan.
A hendak
B masih
C dapat
D akan

22. Samad dan Farid ______ melanggar peraturan sekolah dan mereka telah
didenda oleh guru disiplin.
A akan
B belum
C telah
D harus

23. Semua murid Tahun 6 ________ menduduki peperiksaan UPSR pada bulan
September ini.
A akan
B perlu
C belum
D masih

24. Pakaian yang dijemur oleh ibu pagi tadi ________ kering sepenuhnya.
A dapat
B belum
C pernah
D sedang

25. Khairul _______ menghadiri aktiviti kokurikulum pada petang ini.
A sedang
B masih
C akan
D telah

26. Walaupun terpisah jauh, Salina dan Mariam _________ berhubung.
A akan
B perlu
C masih
D harus

27. Majlis perpisahan Guru Besar _______ diadakan pada pagi tadi.
A pernah
B akan
C mahu
D telah
28. Cikgu Razak _______ menjadi guru saya pada suatu ketika dahulu.
A sudah
B telah
C akan
D pernah

29. Puan Marina Chin _______ berbual-bual dengan Puan Fauziah.
A akan
B mesti
C sudah
D sedang

30. “Adib ________ belajar rajin – rajin untuk berjaya,” kata ibunya.
A mesti
B mahu
C belum
D pernah

Soalan 31 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2

31. Ahmad ___________ mengulang kaji pelajaran walaupun hari sudah lewat
malam.
A masih
B telah
C boleh
D harus

32. Eksperimen itu ____________ siap dijalankan oleh mereka semalam.
A telah
B masih
C mesti
D akan


33. Abang Long ____________ membaiki basikal ketika kami tiba di rumah.
A sedang
B pernah
C mahu
D mesti

34. Semua guru ___________ murid-muridnya berjaya dengan cemerlang.
A mesti
B mahu
C boleh
D akan
35. Ibu risau kerana adik ____________ pulang lagi dari sekolah.
A masih
B belum
C telah
D sudah

36. Kalau ___________ berilah sedikit masa lagi untuk saya menyiapkan latihan itu.
A mahu
B boleh
C sudah
D masih

37. Rozana baru bangun dan ___________ bersarapan lagi.
A akan
B harus
C belum
D sudah
38. Saya ___________ melawat Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama keluarga
pada masa cuti yang lalu.
A pernah
B belum
C akan
D sedang

39. Sharifudin yang kuat makan itu ___________ menghabiskan dua pinggan nasi
ayam.
A hendak
B pernah
C dapat
D masih

40. Bas ekspres itu ___________ bertolak pada pukul 10.00 pagi tadi.
A hendak
B mahu
C boleh
D telah

41. Diana ____________ menjalani rawatan di hospital tetapi penyakitnya belum
juga pulih.
A sudah
B boleh
C dapat
D harus

42. Kereta yang terlibat dalam kemalangan petang tadi _______________ ditunda
ke bengkel.
A pernah
B boleh
C telah
D masih

43. Kamal _______________ memenangi pertandingan pidato pada tahun lepas.
A sedang
B masih
C belum
D telah

44. Jamil dan Isma ___________ membujang sehingga kini.
A masih
B akan
C belum
D mahu

45. Puan Kartina _____________ berbual-bual dengan Puan Nirmala.
A telah
B sedang
C belum
D mahu

46. Saya ______________ ke sekolah petang nanti kerana ada latihan bola
baling.
A telah
B masih
C belum
D hendak

47. Adik Alia __________ makan nasi goreng ayam dan minum air teh ais.
A perlu
B mahu
C mesti
D harus

48. Azman ____________ menyertai perkhemahan pengakap yang diadakan di
Kem Kota, Layang-Layang Kiri.
A sedang
B sudah
C belum
D boleh

49. Encik Mansor Akbar ____________ mengangkat kotak yang berat itu.
A dapat
B pasti
C mesti
D harus


50. Pelbagai janji manis yang dibuat oleh wakil rakyat itu ___________ ditunaikan.
A harus
B masih
C sedang
D boleh

51. Saya __________ menuntut di Universiti Putra Malaysia enam tahun yang lalu.
A mahu
B masih
C pernah
D sedang

52. Masalah bekalan air di kawasan perumahan itu _________ dapat diatasi oleh
pihak Jabatan Bekalan Air Perak.
A boleh
B telah
C pernah
D sedang

53. Zainatul berasa bimbang kerana namanya ___________ dipanggil dalam sesi
temu duga itu walaupun hari sudah petang.
A sudah pernah
B belum pernah
C masih belum
D masih sedang

54. Semua hidupan di muka bumi ini ____________ mati.
A mesti akan
B mesti belum
C masih belum
D masih sedang
55. Perlawanan bola jaring itu ____________ bermula pada pukul 8.30 pagi tadi.
A mesti akan
B mesti sudah
C mesti sedang
D masih belum


56. Amira yakin bahawa dia _____________ menjawab soalan Matematik itu.
A akan dapat
B sudah boleh
C akan pernah
D masih sedang

57. Lagu-lagu hasil karya penggubah terkenal itu ____________ menembusi
pasaran antarabangsa.
A masih sedang
B mesti mahu
C sudah pernah
D akan pernah

58. Kamu ___________ terlambat untuk bertaubat!
A mesti akan
B belum hendak
C masih sedang
D masih belum

59. Murid-murid Tahun 4 _____________ menyertai peraduan itu pada minggu
hadapan.
A belum boleh
B masih sedang
C sedang hendak
D masih belum

Soalan 60 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3

60. Puan Aminah ______________ melawat suaminya yang sedang sakit
di hospital.
A akan dapat
B sudah boleh
C masih sedang
D sedang hendak

61. Encik Kumaran __________________ pergi ke Hospital Besar Ipoh pagi esok.
A mesti
B dapat
C belum
D pernah

62. Kereta ayah Daud ___________ perbaiki kerosakannya pada bulan lepas.
A telah
B masih
C pernah
D sedang

63. Awak ______________ bersedia agar tidak tewas dalam perlawanan itu nanti.
A pernah
B belum
C harus
D telah

64. Walaupun tugas ini agak sukar, kamu _______________ melaksanakannya
juga.
A mesti
B belum
C masih
D hendak

65. Buku latihan Matematik itu masih ________ disemak oleh Cikgu Hanim.
A dapat
B belum
C harus
D pernah

66. Roti kaya itu tidak boleh dimakan kerana________________ tamat tarikh
luputnya.
A akan
B telah
C belum
D pernah

67. Mary ___________ dilantik sebagai ketua kelas Tahun Dua Bijak.
A dapat
B belum
C hendak
D pernah

68. Adik Amira________________ khatam al-Quran sebanyak tiga kali.
A sudah
B mesti
C mahu
D wajib

69. Nenek ______________ berada di bendang ketika saya dan rakan-rakan
sampai di kampung.
A mahu
B akan
C masih
D pernah

70. Pada bulan Julai nanti, ayah _____________ membawa kami sekeluarga ke
Pulau Langkawi.
A pernah
B masih
C dapat
D akan


71. Balan dipuji oleh Guru Besar kerana _____________ menjawab soalan
teka- teki itu dengan tepat.
A dapat
B mesti
C harus
D sedang

72. Pelumba basikal itu __________________ menamatkan perlumbaannya
dalam masa dua jam.
A sedang
B belum
C telah
D akan

73. Peserta-peserta itu ___________ mengaku kalah dalam pertandingan itu.
A masih belum
B telah pernah
C mesti mahu
D masih akan

74. Sebelum terbabit dalam kemalangan itu, En. Ganesan yang memandu kereta
Proton Waja ____________ dalam perjalanan ke Alor Star.
A sedang
B mesti
C telah
D akan

75. Elina ______________ gagal dalam peperiksaan SPM kerana itulah dia tekun
belajar sekarang.
A masih belum
B belum pernah
C sudah pernah
D masih sedang


76. Kim Seng ____________ memungut mata terbanyak bagi memastikan
pasukannya menjuarai pertandingan itu.
A telah
B harus
C mesti
D sudah

77. Puan Marina _____________ meninggalkan rumah ketika telefon berdering.
A akan dapat
B masih mahu
C sudah dapat
D sedang hendak

78. Pelajar itu ________________ bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik.
A mahu
B dapat
C sudah
D hendak

79. Suzana ______ ditimpa kemalangan jalan raya semasa pulang dari tempat kerja
pada tahun lalu.
A pernah
B sudah
C mesti
D akan

80. Setelah menghadapi pelbagai halangan dan rintangan akhirnya pasukan bola
sepak sekolah _______ menjadi juara peringkat daerah.
A akan
B telah
C mesti
D sudah


81. Setelah menghuni rumah tersebut selama sebulan kami ____________
mengenali jiran tetangga.
A tidak akan
B masih belum
C sedang akan
D sudah pernah

82. Semua remaja yang berumur 17 tahun _______ menyertai PLKN bagi
memantapkan jati diri terhadap negara.
A harus
B boleh
C mesti
D sedang

83. Sebelum memulakan perjalanan jauh, kita _______ memeriksa kenderaan bagi
mengelakkan sebarang masalah ketika memandu.
A boleh
B belum
C masih
D harus

84. Untuk memastikan keselamatan rumah, kita _______ lah memeriksa dan
memastikan semua punca elektrik dan api ditutup.
A akan
B mahu
C hendak
D sedang

85. Untuk memiliki lesen memandu, seseorang itu _______lah berumur lapan belas
tahun keatas dan sihat.
A hendak
B sudah
C mahu
D masih


86. Setelah seharian mendaki Gunung Kinabalu, para peserta keletihan dan mereka
____________ berehat secukupnya sebelum meneruskan pendakian.
A pernah
B perlu
C akan
D telah

87. Semua calon peperiksaan PMR ________ membawa kad pengenalan ke dalam
dewan peperiksaan.
A masih
B mesti
C akan
D pernah

88. Syafiq dan Badrul telah menghadiri ujian pemilihan bola sepak selama dua hari
dan akhirnya mereka _________ mewakili sekolah.
A boleh
B mahu
C mesti
D sedang

89. Cikgu Karim telah memberi tempoh selama dua minggu untuk menyiapkan Folio
Sains tetapi malangnya tiada sesiapa pun yang _________ menyiapkannya.
A telah
B belum
C pernah
D hendak

90. Walaupun sudah ditegur beberapa kali, Nizam masih tidak _______ mendengar
nasihat daripada ibu bapanya.
A pernah
B mahu
C mesti
D boleh


Kata bantu
1 A 31 A 61 A
2 C 32 A 62 A
3 B 33 A 63 C
4 A 34 B 64 A
5 B 35 B 65 B
6 D 36 B 66 B
7 D 37 C 67 D
8 C 38 A 68 A
9 A 39 C 69 C
10 C 40 D 70 D
11 B 41 A 71 A
12 C 42 C 72 C
13 A 43 D 73 A
14 B 44 A 74 A
15 D 45 B 75 C
16 C 46 D 76 C
17 B 47 B 77 D
18 A 48 A 78 B
19 C 49 A 79 A
20 A 50 A 80 B
21 B 51 C 81 B
22 C 52 B 82 C
23 A 53 C 83 D
24 B 54 A 84 C
25 C 55 B 85 A
26 C 56 A 86 B
27 D 57 C 87 B
28 D 58 D 88 A
29 D 59 A 89 A
30 A 60 C 90 B

Tiada ulasan:

Catat Ulasan