Rabu, 5 Jun 2013

LATIHAN PENANDA WACANA


Soalan 1 hingga Soalan 25
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1.    Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati.______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
A   Di samping itu
B   Oleh sebab itu
C   Oleh yang demikian
D   Walau bagaimanapun

2.    Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja.______________,dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.
A   Oleh itu
B   Selepas itu
C   Namun begitu
D   Sudahlah begitu

3.    Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi.______________,murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.
A   Sebaliknya
B   Di samping itu
C   Lebih-lebih lagi
D   Oleh sebab itu




4.    Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. ________________,jenayah ragut masih kerap berlaku.
A   Sebelum itu
B   Kalau begitu
C   Namun begitu
D   Di samping itu

5.    Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di halaman rumah. _______________,saya akan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah.
A   Lantaran itu
B   Sebelum itu
C   Selepas itu
D   Semenjak itu

6.    Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan dalam masyarakat. ________________, tabiat tersebut perlulah dihindarkan.
A   Padahal
B   Di samping itu
C   Namun demikian
D   Oleh yang demikian

7.    Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat tinggalnya._______________,beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat aduan.
A   Justeru
B   Namun begitu
C   Tambahan pula
D   Walau bagaimanapun


8.    Kira-kira lima tahun yang lalu,Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. ______________,dia takut untuk menunggang motosikal.
A   Sebelum itu
B   Namun begitu
C   Semenjak itu
D   Bagaimanapun

9.    Amalan menabung banyak membawa kebaikan kepada kita.____________,amalan tersebut digalakkan terutamanya kepada murid-murid sekolah.
A   Di samping itu
B   Namun begitu
C   Oleh yang demikian
D   Walau bagaimanapun

10. Encik Yuzairi berasa bimbang dengan keadaan anaknya yang sering mengalami tekanan perasaan._____________,beliau telah menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan kaunseling.
A   Oleh itu
B   Namun begitu
C   Tambahan pula
D   Walau bagaimanapun

11. Nasib Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan. _____________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
A   Padahal
B   Namun begitu
C   Semenjak
D   Oleh sebab itu


12. Zaimah suka melancong dalam negara  kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik. _________________, melancong dalam negara dapat menjimatkan belanja.
A   Oleh itu
B   Biarpun
C   Selain itu
D   Namun begitu

13. Tam Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat cermat._________________,dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.
A   Sebaliknya
B   Semenjak itu
C   Tambahan pula
D   Sungguhpun begitu

14. Aiman mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia._______________,Aiman gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
A   Lebih-lebih lagi
B   Bagaimanapun
C   Lantaran itu
D   Padahal

15. Sudin seorang yang pemalas tetapi suka berangan-angan menjadi kaya. ______________, dia sering  di gelar Mat jenin oleh penduduk di kampungnya.
A   Namun begitu
B   Bagaimanapun
C   Oleh yang demikian
D   Sungguhpun demikian

16. Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan iti _____________ pada musim perayaan.
A   sebab itu
B   lebih-lebih lagi
C   oleh sebab itu
D   oleh yang demikian

17. Siti Jeslina  sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolahnya. _____________,dia tidak pernah bersikap sombong atau bangga diri.
A   Oleh itu
B   Di samping itu
C   Oleh yang demikian
D   Walau bagaimanapun

18. Sayur-sayuran banyak mempunyai khasiat.___________________,kita digalakkan makan sayur-sayuran setiap hari.
A   Namun begitu
B   Oleh yang demikian
C   Di samping itu
D   Walau bagaimanapun

19. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Hashim di tolak._______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berniaga.
A   Di samping itu
B   Oleh sebab itu
C   Oleh yang demikian
D   Walau bagaimanapun



20. Wabak demam  denggi sering menular di negara kita. ____________,rakyat diseru agar sentiasa menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
A   Justeru
B   Kemudian
C   Semenjak itu
D   Bagaimanapun

21. Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat.______________,bagi mereka yang mengalami masalah keluarga.
A   Lebih-lebih lagi
B   Oleh sebab itu
C  Namun begitu
D   Padahal

22. Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu. ___________,hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
A   Justeru
B   Namun begitu
C   Tambahan pula
D   Walau bagaimanapun

23. Encik Jamilul didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. _____________, beliau telah dipecat oleh majikannya.
A   Selepas itu
B   Sebelum itu
C   Lantaran itu
D   Semenjak itu

24. Berita tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para pekerjanya. ____________________,Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
A   Biarpun
B   Namun begitu
C   Bagaimanapun
D   Tambahan pula

25. Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia berjaga._____________,dia terlena di atas kerusi.
A   Selain itu
B   Sebaliknya
C  Lebih-lebih lagi
D   Oleh sebab itu

JAWAPAN
1.  D
2.  B
3.  D
4.  C
5.  C
6.  D
7.  A
8.  C
9.  C
10.  A
11.  A
12.  C
13.  A
14.  B
15.  C
16.  B
17.  D
18.  B
19.  D
20.  A
21.  A
22.  C
23.  C
24.  C

25.  D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan